Monday 13 February 2012

Prinsip CASPER

PERSEMBAHAN ELEKTRONIKPerisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan dgn menggabungkan unsur animasi,grafik,audio,video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan

Persembahan Elektronik
· Media untuk menyampaikan maklumat

Kegunaan dan kelebihan persembahan elektronik
· menggabungkan unsur multimedia(grafik,animasi,audio,video dsb)
· menjimatkan masa
· mesra pengguna
· Interaktif


Reka Letak
· Ilmu atau kemahiran yg digunakan utk meletakkan dan menyusun media pd paparan bg membentuk persembahan yg menarik

Prinsip Reka Letak CASPER
· Panduan menyusun media spt teks,grafik,animasi dan video pd sesuatu persembahan yg dpt merangsang perhatian dan minat penonton

C – Contrast(Perbezaan yg ketara)
· Perbezaan antara dua objek,pembangun perisian perlulah memilih warna yg kontra

A – Alignment(Susunan lurus)
· Setiap item yg hendak diletakkan dlm muka perisian perlulah seimbang dgn muka perisian spy kelihatan menarik

S – Simplicity(Mudah)
· Grafik dan animasi perlulah ringkas dan dpt merangsangkan pengguna memahami maksud yg disampaikan

P – Proximity(Berhampiran)
· Item yg digunakan dlm muka perisian perlulah dikumpulkan pd satu kawasan, supaya nampak keseimbangan yg wujud antara item

E – Emphasis(Penakanan)
· Memberi penekanan kepada perkara yg dirasakan penting

R – Repetition(Pengulangan)
· Terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dpt mentafsir dan memahami dgn mudah arahan yg diberikan oleh perisian. Pengulangan akan membantu pemahaman pengguna

5 unsur persembahan elektronik
· Kandungan elemen seni
· Keperluan persembahan
· Golongan Sasaran
· Lokasi Persembahan
· Mesej perlu tepat


Papan Cerita
· Adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yg digunakan dlm aplikasi perisian multimedia

Kelebihan Papan Cerita
· Membolehkan pembangun perisian mencambahkan minda dan idea
· Merancang reka bentuk muka perisian di peringkat awal
· Menzahirkan idea sebelum dipindahkan di atas paparan komputer
· Merancang dan mengaplikasikan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dgn mudah
· Segala perubahan dpt dilakukan dgn mudah
· Menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian
· Mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yg penting
· Mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk perisian

Elemen yg diambil kira ketika membina papan cerita
· Warna latar belakang
· Jenis font
· Saiz huruf
· Warna huruf
· Format gambar
· Format video
· Format audio
· Format animasi

Integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran
a. Alat Bantu Belajar
· Persembahan
· Tunjuk ajar

b. Alat Bantu Belajar
· Tuturiol-penerangan,demonstrasi/latihan
· Penerokaan-mencari & mengakses maklumat
· Aplikasi- alat aplikasi(alat membantu murid
melaksanakan tugas dlm
pembelajaran)



Kelebihan Persembahan Elektronik
Motivasi
· Dpt memotivasikan murid dlm pembelajaran.bermotivasi utk belajar dgn menggunakan medium yg baru
Menarik
· Mengaplikasikan kesemua unsur multimedia dpt menarikperhatian pengguna
Mesra Pengguna
· Ikon yg digunakan dlm pembinaan persembahan elektronik mudah difahami.Arahan tidak mengelirukan
Interaktif
· Dpt membenarkan keadaan pembelajaran yg aktif

Kelemahan Persembahan Elektronik
· Alatan yang mahal
· Alatan yg sensitif
· Masa pembinaan

Link: http://mynote-oum.blogspot.com/2008/08/nota-teknologi-maklumat.html

Monday 6 February 2012

Lari Pecut

LARI PECUT



PENGENALAN ACARA LARI PECUT

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :

a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.
c) Tangan digerakkkan dengan pantas.
d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang

ALATAN


i) Trek larian 400 meter
ii) Blok permulaan
iii) Baton

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a) Latihan mendorong
- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan
- Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan
- Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh
- Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

b) Larian teknik pecut
- Berlari dengan melangkah panjang
- Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut
- Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari menyepak ke belakang.
- Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
- Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan
- Melonjak untuk jarak.
- Melangkah panjang ( bounding )
- Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
- Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.
- Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

TEKNIK MULA LARI PECUT


Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.

Gaya Berdiri

i) Persediaan

- peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.

ii) Ke garisan

- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
- bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
- condongkan badan.
- kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

iii) 'sedia'

- condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan
- bngkokkan lebih lutut kaki hadapan
- kaki belakang tolak ke tanah.
- badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.

iv) 'Bang' atau 'mula'

- pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.


Gaya Dekam

- terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.


FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN
i) Fasa permulaan
ii) Fasa larian
a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
iii) Fasa penamat

Fasa Permulaan
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

2. Gaya sederhana
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Memulakan Larian dengan Blok

- Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :

1. Gaya peluru
- blok permulaan adalah rapat dngan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2. Gaya sederhana
- gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3. Gaya panjang
- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Fasa Pecutan

- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.

Kedudukan tangan
- tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang garis mula.

Kedudukan kepala dan leher
- kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki
- selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.
- tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan

- fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.
- pecutan berlaku pada awal larian
-95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
- Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya aka ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.



Teknik Penamat

- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.
- Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.


Link: http://smkbpjakelabolahraga.blogspot.com/2010/02/larian-pecut.html

Monday 30 January 2012

Pengalaman Pertama Mengakses Maklumat Melalui Internet

Saya mula menggunakan perkhidmatan internet semasa berada di Tingkatan 2. Saya dan rakan sekelas dikehendaki menghasilkan sebuah folio tentang destinasi-destinasi pelancongan di negara kita sebagai tugasan untuk mata pelajaran Pendidikan Moral secara berkumpulan. Pengalaman pertama saya mengakses maklumat melalui internet ialah mencari informasi mengenai destinasi-destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. Memandangkan saya dan rakan sekumpulan tidak mempunyai perkhidmatan internet di rumah, kami membuat keputusan untuk melayari internet di kafe siber. Saya telah meminta tunjuk ajar daripada ahli kumpulan yang pernah mengikuti kelas multimedia kerana belum pernah menggunkan internet. Rakan saya mengajar kaedah menggunakan enjin carian untuk mengakses maklumat di pelbagai laman sesawang. Saya terpaksa mempelajari kaedah melayari internet dalam keadaan yang kelam-kabut kerana peneragan dilakukan dengan laju demi mengurangkan bayaran penggunaan internet. Saya berasa begitu seronok melihat gambar-gambar pemandangan destinasi pelancongan yang indah dan menarik. Maklumat yang banyak berjaya diperolehi melalui 'Google' dan 'Yahoo' sepanjang saya menyiapkan tugasan tersebut. Inilah pengalaman pertama saya menggunakan perkhidmatan internet.   

Internet

Internet

Internet map 1024.jpg
Tree of routing paths through a portion of the Internet as visualized by the Opte Project

The Internet is a global system of interconnected computer networks that use the standard Internet protocol suite (TCP/IP) to serve billions of users worldwide. It is a network of networks that consists of millions of private, public, academic, business, and government networks, of local to global scope, that are linked by a broad array of electronic, wireless and optical networking technologies. The Internet carries an extensive range of information resources and services, such as the inter-linked hypertext documents of the World Wide Web (WWW) and the infrastructure to support email.
Most traditional communications media including telephone, music, film, and television are reshaped or redefined by the Internet, giving birth to new services such as Voice over Internet Protocol (VoIP) and Internet Protocol Television (IPTV). Newspaper, book and other print publishing are adapting to Web site technology, or are reshaped into blogging and web feeds. The Internet has enabled or accelerated new forms of human interactions through instant messaging, Internet forums, and social networking. Online shopping has boomed both for major retail outlets and small artisans and traders. Business-to-business and financial services on the Internet affect supply chains across entire industries.
The origins of the Internet reach back to research of the 1960s, commissioned by the United States government in collaboration with private commercial interests to build robust, fault-tolerant, and distributed computer networks. The funding of a new U.S. backbone by the National Science Foundation in the 1980s, as well as private funding for other commercial backbones, led to worldwide participation in the development of new networking technologies, and the merger of many networks. The commercialization of what was by the 1990s an international network resulted in its popularization and incorporation into virtually every aspect of modern human life. As of 2011, more than 2.1 billion people — nearly a third of Earth's population — use the services of the Internet.[1]
The Internet has no centralized governance in either technological implementation or policies for access and usage; each constituent network sets its own standards. Only the overreaching definitions of the two principal name spaces in the Internet, the Internet Protocol address space and the Domain Name System, are directed by a maintainer organization, the Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN). The technical underpinning and standardization of the core protocols (IPv4 and IPv6) is an activity of the Internet Engineering Task Force (IETF), a non-profit organization of loosely affiliated international participants that anyone may associate with by contributing technical expertise.

Terminology
Internet is a short form of the technical term internetwork,[2] the result of interconnecting computer networks with special gateways or routers. The Internet is also often referred to as the Net.
The term the Internet, when referring to the entire global system of IP networks, has been treated as a proper noun and written with an initial capital letter. In the media and popular culture, a trend has also developed to regard it as a generic term or common noun and thus write it as "the internet", without capitalization. Some guides specify that the word should be capitalized as a noun but not capitalized as an adjective.[3][4]
The terms Internet and World Wide Web are often used in everyday speech without much distinction. However, the Internet and the World Wide Web are not one and the same. The Internet establishes a global data communications system between computers. In contrast, the Web is one of the services communicated via the Internet. It is a collection of interconnected documents and other resources, linked by hyperlinks and URLs.[5]

Link : http://en.wikipedia.org/wiki/Internet

Sunday 15 January 2012

Pengenalan kepada TMK dalam PJ

Pengenalan kepada TMK dalam Pendidikan Jasmani

PENGENALAN

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di manamana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Ahli kognitif berpendapat pembelajaran adalah sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal.

Manakala ahli behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku di mana ia melibatkan cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Terdapat pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar.

Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Keadaan ini sangat bersesuaian dengan prinsip pembelajaran masteri yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai fasalitator perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi ‘kerenah globalisasi’.

PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Perkembangan teknologi tinggi kini memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Segala-galanya boleh didapati dengan segera dan pantas melalui media elektronik. Kemajuan canggih yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan dan tranformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasinya, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia (Azwan & Rozita. 2002).

Penggunaan komputer sebagai alat penyebaran maklumat dan juga sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih canggih apabila diperkenalkan teknologi komunikasi yang disepadukan dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Corak pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya lebih berpusatkan guru kini berubah kepada corak berpusatkan pelajar, lebih-lebih lagi setelah wujudnya projek rintis sekolah bestari yang mengaplikasikan ICT dalam sistem pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 2003 pula dasar Kementerian Pendidikan dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik merancakkan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan di mana sebanyak 5 bilion ringgit telah diperuntukkan untuk melakasanakan pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. Ini termasuk membekalkan alat ICT di sekolah seperti Projektor LCD dan komputer ‘notebook’ (Berita Harian, 20 Julai, 2002).

Kurikulum TMK

Kurikulum TMK digubal dalam konteks pengajaran/pembelajaran bestari dan disokong oleh pentaksiran berasas kriteria. Dengan kata lain, pelaksanaan kurikulum teknologi maklumat berasaskan kepada paradigma baru dalam pendidikan (Voogt dan Odenthal, 1997, 1999) yang menekankan kepada pemahaman dan penguasaan proses.
Dalam pendekatan ini, pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing, di mana ianya merupakan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ke arah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan, pelajar perlu melalui proses pembelajaran bermodular.

Pentaksiran berasaskan sekolah akan digunakan oleh pelajar untuk membolehkan mereka mengukur tahap penguasaan pengetahuan/kemahiran/sikap mereka berbanding kriteria yang ditetapkan. Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan untuk membolehkan murid – murid memperbaiki pencapaian diri. Ke arah mencapai hasrat ini, bidang-bidang pengetahuan dalam kurikulum TMK telah digubal secara bersendiri (independent) dan non hirarki.

Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka; daripada tuan kepada pembantu, daripada pengarah kepada penyelia, daripada diktator kepada fasilitator. Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan. Penggunaan ICT adalah penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian serta berfikrah bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan proses pembelajaran dan pengajaran.

Penggunaan ICT di dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat membantu para pelajar daripada pelbagai aspek. Antaranya adalah
1. Membantu pelajar untukmeningkatkan kemahiran ICT di dalam proses pembelajaran dan kemajiran individu.
2. Membantu pelajar memperolehi pelbagai kemahiran dan peluang pembelajaran yang saksama antara satu sama lain serta memotivasikan pelajar.
3. Individualise learning ataupun pembelajaran secara individu boleh dilakukan dengan lebih efektif.
4. Kemudahan untuk mengakses maklumat samada sesuatu maklumat itu sukar, mahal dan amat diperlukan tanpa mengira masa dan tempat.
5. Membantu pelajar memperolehi kaedah pembelajaran yang berkesan secara individu serta bimbingan yang minimum.
6. Membantu meningkat daya kreativiti dan imaginasi dan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.


Pengenalan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Jasmani

Pengenalan

Kurikulum TMK yang dimasukkan dalam sukatan Pendidikan Jasmani untuk mendedahkan kepada pelajar pelbagai kemahiran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan TMK sebagai salah satu agenda Negara. Modul ini bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam penggunaan multimedia dan internet. Di samping itu pelajar boleh membangun bahan perisian pengajaran dan pembelajaran mengikut kandungan kurikulum yang telah diaplikasikan mengikut konsep pedagogi TMK. Diharapkan selepas mengikuti modul ini pelajar akan dapat memberi satu dimensi baru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Penggunaan TMK membantu pelajar dalam menguasai pengetahuan yang dikehendaki dan meningkatkan motivasi pelajar dalam Pendidikan Jasmani. Pemahaman sukatan secara lebih jelas memberi gambaran sebenar bagaimana TMK dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan. Aspek teori dan praktikal dalam Pendidikan Jasmani dikukuhkan lagi dengan bantuan penggunaan TMK.

Objektif Pembelajaran

Selepas mengikuti tajuk ini, pelajar dapat :
1. Menjelaskan konsep TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
2. Menggunakan intergrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Menjelaskan konsep menggunakan TMK dalam pengajaran tutorial, ekploratori dan aplikasi perisian
4. Merancang menyediakan bahan untuk membangunkan aplikasi perisian bagi mata pelajaran PJ

Teknologi Pengajaran

Definisi Briggs (1977) yang menyatakan Rancangan Pengajaran adalah seluruh proses menganalisis keperluan dan matlamat pengajaran (apa) dan pembinaan satu sistem penyampaian untuk memenuhi keperluan berkenaan.
Richey (1986) mendefinisikan Rancangan Pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pembelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran. Rancangan pengajaran mencakupi seluruh proses pengajaran iaitu rekabentuk, bina, nilai dan pengurus pembelajaran.
Reka bentuk pengajaran merupakan pelan atau prosedur keseluruhan yang digunakan oleh seseorang guru untuk menyampaikan pelajaran kepada pelajar. Terdapat banyak rekabentuk yang digunakan di dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani (Dowell, 1975, Gallahue, 1993, Pangrazi dan Dauer, 1992)

Duffy dan Jonassen (1991) pula berpendapat bahawa Rancangan Mengajar adalah satu andaian yang dibuat oleh pereka pengajaran tentang pelajaran dan proses pembelajaran untuk mengenalpasti matlamat pengajaran, tentang pengembangan dan pembinaan bahan pengajaran yang relevan atau berkaitan dengan matlamat pengajaran dan tentang pemilihan atau pembinaan suatu pendekatan untuk menyampaikan bahan yang dihasilkan.

Apa Maksud Penggunaan TMK Dalam P & P?
Penggunaan TMK dalam P&P bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

Apa Manfaat TMK Dalam Pembelajaran?

Penggunaan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
3. Meningkatkan motivasi murid. • membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise)
4. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
5. Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
7. Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
8. Meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.
9. Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
10. Meningkat kemahiran TMK.

Apa Syarat Untuk Memanfaatkan TMK Dalam P&P?

Untuk memperoleh manfaat mengguna TMK dalam P&P, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Penggunaan TMK dalam P&P dirancang dengan baik,bukan secara “bidan terjun” atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
2. Penggunaan TMK bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan p&p.
3. Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran.

Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer Sebelum Boleh Menggunakannya Dalam P&P?
Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas TMK yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan

Bagaimana Menggunakan TMK Dalam P&P?
Dalam konteks penggunaan TMK dalam P&P, tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan TMK sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.
Penggunaan TMK dalam P&P dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran (guru mengguna TMK), dan aspek pembelajaran (murid mengguna TMK).

Dalam konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam P&P boleh dikategori sebagai:

1. Tutorial,
2. Penerokaan (eksploratori),
3. Aplikasi, dan
4. Komunikasi.

Dalam konteks pengajaran pula, TMK boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.
Huraian lanjut berhubung pendekatan ini dibincang dalam unit seterusnya.

Penilaian Kendiri
i. Keperluan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran semakin digalakkan. Sila terangkan kebaikan penggunaan TMK dalam P&P.
ii. Berikan tiga syarat yang perlu dipenuhi jika anda ingin menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii. Terdapat empat kategori di mana TMK digunakan dalam p&p. Nyatakan keempat-empat kategori ini.

Link: http://www.google.com.my/search?sclient=psy-ab&hl=en&site=&source=hp&q=pengenalan+tmk+dalam+pj&btnK=Google+Search